Sunday, May 9, 2010

Southern Wheel Motorsports Club Mini Tournament



Tanggal 09/05/2010 Hari Ahad Bermula Pada Pukul 12Tghari, bermula Kick Off Mini Tournament antara Ahli-ahli Southern Wheel Motorsports Club. Terdiri daripada 7 daerah iaitu Pontian, Taman Universiti, Kluang, Bandraya JB, Mersing, Pasir Gudang dan juga Batu Pahat sebagai Tuan Rumah. Raja Futsal mengucapkan Selamat Datang dan Selamat berfutsal!!!









Friday, July 17, 2009

Futsal Pendidikan Khas Sekolah - Sekolah Daerah Batu Pahat

Pada 14 Julai 2009... Satu Futsal Pendidikan Khas Sekolah - Sekolah Daerah Batu Pahat telah diadakan di Raja Futsal, Parit Raja... Dari Pukul 830am - 130pm... Pertandingan Futsal ini di kelolakan oleh SK Ayer Hitam, Johor.... Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah di sempurnakan oleh En. Kuswandi B. Tayen, Unit Hal Ehwal Murid Pjbt Pelajaran Daerah Bt Pahat...

Ini adalah sebahagian drpd Gambar yg sempat di ambil....




Thursday, July 16, 2009

Bulan Promosi ~~ RM30/Jam~~ Utk Semua Pelajar!!!

Bulan Promosi Utk Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Kolej, Universiti...

--- 1 Julai 2009 ---> 21 Ogos 2009---
Asalkan anda Pelajar, anda Berhak Mendapat Harga Promosi iaitu RM30!!!

Ini ada gambar latest pelajar2 yg telah menikmati harga Promosi Kami...




Wednesday, May 6, 2009

Membership Rajafutsal @ RM20/setahun



Bagi peminat2 Rajafutsal yang mementingkan "value for money"...kami sekali lagi ingin mewar-warkan kelebihan menjadi ahli rajafutsal @ RF membership...

Dengan hanya bayaran menjadi ahli RM20 setahun, korang akan mendapat potongan RM5 setiap 1jam tempahan...tapi kalo dalam geng2 yang main skali dengan korang tu ada lagi sorang ahli Rajafutsal..korang akan mendapat extra diskaun RM5 lagi...perghh...masyuk tuh...RM10 diskaun skali main 1sejam...

secara matematiknya...kalo korang main 4 kali je...dah balik modal dah duit membership korang bayar tuh....memang berbaloi la...

Jadi...apa tunggu lagi..?? daftarlah segera di kaunter Rajafutsal...anda dijamin berpuas hati...

MP3, MP4 dan MP5 Untuk Dijual

Akum kepada penggemar-pengemar sukan futsal...terutama sekali kepada peminat setia Rajafutsal...dah lama rasanya tak mengupdatekan something kat blog nih...bukan apa, sebelum ini banyak masa yang kitorang buat untuk menyusun strategy bisness futsal nih....tu yang tak sempat-sempat nak update kat sini...busy giler..

so...salah satu hasilnya...kitorang dah jadi pengedar barangan MP4 and MP5...barang memang cantik2...dan yang paling penting...adalah murah daripada tempat2 lain...dijamin!!...so..kalo korang nak beli...bole order kat kitorang dengan contact number nih: 017-7534060 ataupun emailkan kepada rajafutsal at gmail.com...

barang baik nih...jgn korang beli untuk korang jek...benda ni bole gak bagi kat ibubapa korang...cikgu ke..lecturer ke...dan yang paling penting...awek korang...tu nampak tu ada couple set lagi...kalo awek plak..bole bagi kat boyfren korang yang tercinta tuh...jadi, sama2 enjoy!!

apa tunggu lagi tu..order la...order jgn tak order...


Monday, February 23, 2009

Memperkenalkan....Student Day Special..

Setelah sekian lama menyepi dari mengupdatekan blog nih, kali ini Rajafutsal kembali dengan memperkenalkan Student Day Special, khas buat peminat-peminat futsal di Parit Raja. Pihak Rajafutsal telah mengistiharkan hari Selasa sebagai hari Student dengan menawarkan harga yang paling best dekat Malaysia, iaitu sebanyak RM35/jam..mana nak dapat nih kat tempat lain...

Tujuan utama kami memperkenalkan hari untuk student ni kerana terlalu banyak permintaan dikalangan peminat Rajafutsal yang asik bertanya..."bang, student takde diskaun ke?"..so, oleh sebab sokongan korang yang bertubi-tubi ni la yang membuatkan Rajafutsal mengumumkan satu lagi promosi untuk peminat-peminat futsal.

Thursday, November 6, 2008

RAJA FUTSAL DI BUKA SEMULA!!! BERBUMBUNG DAN BERJARING!!


RAJA FUTSAL TELAH DI BUKA SEMULA!!! SETELAH 3 MINGGU TUTUP UNTUK RENOVATION.. SPERTI DALAM PIC, SKRG RAJA FUTSAL TELAH MEMPUNYAI BUMBUNG DAN COURT BERJARING PENUH.. SEPERTI DI TEMPAT FUTSAL LAIN, KAMI JUGA MEMPUNYAI ENTERTAINMENT (LAGU-LAGU MP3,.. DAN ASTRO DI TAYANGKAN MENGUNAKAN PROJECTOR), KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN WIRELESS (WIFI) SECARA PERCUMA KEPADA CUSTOMER RAJA FUTSAL. SEPERTI BIASA.. KAMI PIHAK RAJA FUTSAL AKAN MENYEDIAKAN YG TERBAIK KEPADA CUSTOMER-CUSTOMER KAMI.

DAN UNTUK PROMOSI PEMBUKAAN KAMI PADA BULAN NOVEMBER INI, KAMI AKAN MEMBERIKAN 1 JAM GAME PERCUMA KEPADA CUSTOMER KAMI YG MENDAFTAR SEBAGAI AHLI RAJA FUTSAL, HANYA PADA HARGA RM20/SETAHUN MEMBERSHIP!!!
HARGA INI HANYA BOLEH DI DAPATI DI
RAJA FUTSAL ,PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR!!!


IN RAJA FUTSAL, EVERYONE CAN PLAY!!!
and RAJA FUTSAL WILL MAKE YOUR GAME BETTER THAN BEFORE!!